Pages

Subscribe:

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini

> Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
> lalu beliau bertanya :
>
> Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri
> kita di dunia ini ?'
> Murid 1 = ' Orang tua '
> Murid 2 = ' Guru '
> Murid 3 = ' Teman '
> Murid 4 = ' Kaum kerabat '
> Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang
> paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah
> bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah
> Ali-Imran :185).
>
> Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di
> dunia ini ?'
> Murid 1 = ' Negeri Cina '
> Murid 2 = ' Bulan '
> Murid 3 = ' Matahari '
> Murid 4 = ' Bintang 2 '
> Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang
> paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
> kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa
> yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari
> esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
> sesuai dengan ajaran Agama'.
>
> Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini
> ?'
> Murid 1 = ' Gunung '
> Murid 2 = ' Matahari '
> Murid 3 = ' Bumi '
> Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang
> besar sekali adalah HAWA NAFSU(Surah Al A'raf: 179).
> Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai
> nafsu kita membawa ke neraka.'
>
> ' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia
> ini ?'
> Murid 1 = ' Kapas'
> Murid 2 = ' Angin '
> Murid 3 = ' Debu '
> Murid 4 = ' Daun-daun'
> Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi
> yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN
> SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita
> tinggalkan solat '
>
> IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
> Murid 1 = ' Baja '
> Murid 2 = ' Besi '
> Murid 3 = ' Gajah '
> Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling
> berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
> Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
> mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
> pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
> berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
> banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
>
> Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia
> ini ? '
> Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
> Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam
> sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui
> lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai
> perasaan saudaranya sendiri.
>
> ''sampaikanlah walau satu ayat'